Makmal Mudah Alih ChromebookMakmal Mudah Alih dengan perkakasan Chromebook bagi Menyokong Pembelajaran secara Maya ( Virtual Learning Environment).
Pembekalan Makmal Mudah Alih Chromebook kepada 4 Buah Sekolah di kelompok PKG Bidor telah berlaku sekitar 2013. Pembekalan dibuat melalui kontrak pusat ( Central Contract) yang merupakan sinambungan daripada projek naik taraf jalur lebar daripada SchoolBroadband (TMnet) kepada Yes 4G (YTLComm). Pembekalan Chromebook ini bagi menaiktaraf teknologi ICT disekolah yang ada pada masa kini dengan menerapkan Sistem Atas Talian Sepenuhnya (Online) menggunakan Perisian Operasi (OS) Chrome (Google Chrome) dan aplikasi cloud bagi menyokong kaedah pembelajaran secara maya menggunakan Aplikasi Frog VLE. |
Rangkaian Talian Internet Berkelajuan Tinggi dengan Sistem Jalur LebarYes 4G.
Seiring permodenan dan teknologi arus perdana masa kini, dengan kewujudan pelbagai aplikasi atas talian yang maju, internet bukan lagi asing bagi segenap lapisan masyarakat dinegara ini. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaiktaraf sistem rangkaian dan jalur lebar bagi pengguna sekolah dan organisasi KPM menggunakan rangkaian jalur lebar lebih pantas tanpa wayar Yes 4G. Memperkasakan generasi masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi. 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. PENYELESAIAN BERSEPADU Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet. Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu? Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan. Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE. KERJASAMA TEKNOLOGI Penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baru akan dilaksanakan oleh kepakaran YTL Communications Sdn Bhd, selaku rakan teknologi rasmi KPM untuk projek 1BestariNet.YTL Communications Sdn Bhd adalah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad dan beroperasi sebagai penggerak telekomunikasi dalam YTL Corporation Berhad Group. YTL Communications bertekad menyediakan perkhidmatan berpatutan bertaraf dunia untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di seluruh Malaysia menerusi rangkaian Internet mudah alih 4G yang sedang dibangunkan. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Telekomunikasi amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Sebagai masyarakat korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited untuk:
|
Support Ticketing System merupakan satu sistem log pelaporan berkaitan masalah peralatan ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Log sistem ini boleh dilayari secara atas talian menggunakan pautan : http://sts.moe.edu.my/
Pihak Sekolah perlu mengisi butiran kerosakan dan peralatan yang rosak dengan lengkap sebelum pihak Pusat Kegiatan Guru datang untuk mengesahkan kerosakan. Pihak sekolah juga perlu menyediakan dokumen -dokumen aset untuk membuat proses penyelenggaraan. |
GARIS PANDUAN PENGGANTIAN GO 4G DONGLE
TINDAKAN SEKOLAH
|
MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENERIMAAN NETBOOK 1 MALAYSIA SKMM
Untuk semua sekolah-sekolah di kelompok PKG Mekasar, yang ada menerima netbook atau tidak, harap dapat membaca pekeliling terkini untuk netbook 1 Malaysia yang ada di PKG Mekasar. * Sila Muat Turun Bahan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya -> sila klik http://tinyurl.com/kv7sqx6 * Pekeliling Ikhtisas Terkini dan Borang Pinjaman Netbook 1 Malaysia SKMM. Klik Di sini |