PKG Mekasar berada di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Mekasar, dan merupakan bangunan kekal. Terletak di tepi jalan laluan utama Kota Bharu ke Pasir Mas. Jarak PKG Mekasar ke Bandar Pasir Mas hanya 3 km. PKG Mekasar terletak dalam pentadbiran PPD Pasir Mas.
|
Kearah pembudayaan media dan teknologi
pendidikan di setiap sekolah. |
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi
pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif |
PKG ialah pusat peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi keperluan guru-guru (Leong Kam Chong & Naim Hj. Ahmad, 1994).
Jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum, berlandaskan Teknologi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia merupakan institusi pendidikan, budaya perkongsian dan pendemokrasian serta rangkaian dalam pusat sumber pendidikan.
Sumber: Abdul Malek bin Bilal Sidek, 1995
Jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum, berlandaskan Teknologi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia merupakan institusi pendidikan, budaya perkongsian dan pendemokrasian serta rangkaian dalam pusat sumber pendidikan.
Sumber: Abdul Malek bin Bilal Sidek, 1995
1960an - Pusat Media Daerah (PMD)
1986 - Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD)
14/8/1990 - PSPD ditukar kepada Pusat kegiatan Guru (PKG)
1986 - Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD)
14/8/1990 - PSPD ditukar kepada Pusat kegiatan Guru (PKG)
PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah, melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru akan merealisasikan potensi dan individualiti guru, sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara kita.
- Meningkatkan kualiti, hasil daripada proses pengajaran pembelajaran yang terancang.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran.
- Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
- Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah meningkatkan kualiti profesionalisme mereka.
- Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru.
- meningkatkan ketrampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan, sejajar dengan perkembangan kurikulum.
- Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.
- Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
- Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
- Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
- Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memenuhi aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat.